Wednesday, 24 June 2015

Tips Kecantikan: Khasiat & Kelebihan Buah Kurma

Penulis : Unknown Masa : 15:49 Comments : 0 Labels :
 

Haaaa harini eiyya nak buat entry yang berunsurkan Ramadhan sikit, since buah kurma ni memang sinonim dengan bulan Ramadhan, bukan? Seperti yang kita sedia maklum, buah kurma ni memang banyak khasiat nya. Tak kira lah untuk yang tua mahupun sekecil kecil bayi. Tak gitu? Hehe.. Tapi adakah kita sedar yang buah kurma ni pun mampu memberikan kita kecantikan pada kulit wajah? Tak semua orang tahu kan. (Yang dah tahu tu diam je lah :p) 

"Eh? Kenape pulak eiyya tetiba nak bagi tips kecantikan ni?" Haha kalau tu persoalan korang, meh sini eiyya jawab. Sebab tak lama lagi kan nak raya sayang ui. Semua orang khususnya wanita, berebut rebut nak cantek sebelum raya (hanya kaum hawa yang memahami hehehe). So, jangan ingat pada bulan Ramadhan ni korang takboleh nak jadi cantek tau. Amalkan buah kurma mcm tips yang eiyya nak shorkan kat bawah ni nanti.

FAKTA:  Kurma mengandung vitamin C, vitamin B6, vitamin K, asam folat, vitamin A, kalium, kalsium, energi, karbohidrat, protein, potasium dan serat makanan yang tinggi.

Melembutkan Kulit
Dengan mengamalkan kurma setiap hari maka kulit korang boleh menjadi halus dan lembut. Kenape? Sebab.. Kan buah kurma mengandungi vitamin C yang baik untuk kesihatan kulit. Selain itu, kurma juga boleh dibuat sebagai masker pada wajah. Caranya mudah sahaja; ambil 6 biji kurma yang telah dipisahkan dengan bijinya. Blend kan isi kurma sampai halus. Cuci wajah dengan air bersih sebelum korang ratakan masker tadi keseluruh wajah. Biarkan masker selama 20 minit lalu bilas dengan air bersih. 

Merawat Dermatitis
Kandungan B6 dan protein dalam kurma boleh digunakan untuk mencegah dan merawat penyakit kulit atau dermatitis. Caranya adalah dengan membuat masker dari kurma. Tepekkan masker kurma secukupnya pada bahagian yang terdapat dermatitis. Biarkan selama 15 minit dan bersihkan menggunakan air bersih.

Menjaga Kesegaran Kulit
Kurma juga boleh menjaga kesegaran kulit wajah dan tubuh badan. Kandungan protein dan potasium dalam kurma mampu membuatkan regenerasi sel sel kulit kita terjaga. Sel sel kulit akan menjadi lebih segar dan nampak muda. Cara merawat kulit dengan scrub kurma juga boleh digunakan untuk merawat kesegaran kulit. Resepi scrub adalah seperti berikut: (Resepi?? Pun bolehhhh... hehehe) Anda hanya perlu mencampur buah kurma, cranberry dan jus aprikot menjaadi satu. Dah tu tepek lah kat muka atau pun badan korang dalam masa 15 minit! :) 

Sekian, salam sayang dari Eiyya! :)

No comments:

 
All Right Reserved By Eiyya Othman