Tuesday 26 June 2018

Puisi #2 : Tuhan, Tolong Jaga Dia Untukku

Penulis : Unknown Masa : 13:23 Comments : 0 Labels :
 


"Tuhan
Ku mencintai dia
Namun ku terpaksa
Tinggalkannya

Tuhan
Ku amat menyayanginya
Namun ku terpaksa
Tinggalkannya

Tuhan tolong jaga dia untukku
Kerana hidup ini tidak bermakna
Tanpanya

Tuhan hantarkan malaikat untuknya
Supaya dia tenang
Menghadapi segalanya"


Awak,
Akan tiba satu hari nanti
Saya tak lagi terjaga dari tidur yang panjang

Akan tiba satu hari nanti
Saya tak lagi tersenyum memandang

Akan tiba satu hari nanti
Saya tak lagi tertawa dengan usikan riang

Akan tiba satu hari nanti
Saya tetap diam walau dikenang

Akan tiba satu hari nanti
Awak akan faham apa itu erti hilang

Satu yang minta,
Jaga diri awak walau saya takkan pulang
Satu yang saya doa,
Semoga tuhan jagakan awak sayang


-Credit: Tuhan Jaga Dia Untukku by Fiena

Saturday 6 February 2016

REVIEW: BABIES BLINK 2015 PART 2

 

Okay guys. Before this eiyya pernah post entry pasal Babies Blink. Korang boleh check kat SINI. So sekarang eiyya nak sambung balit Part 2, so that korang tak beria-ria sangat lepas baca positive feedback eiyya tu. Why? Haa.. Korang baca sat sampai habis.

So macam yang eiyya pernah update on my previous entry, eiyya ngaku yang eiyya ada skip penggunaan krim siang mahupun krim malam bukan? I dont know whether this effect disebabkan oleh my sambil lewa sikap dalam pemakaian krim, atau memang krim tu dah tak sesuai dengan eiyya, or korang rasa? Yup memang eiyya berani cakap, at first memang dia beri kesan yang superb gila. Floless bakhang! Korang sendiri pun ada tengok gambar eiyya dalam Part 1 kan? (Kalau korang ada baca lah hehe) And what happened to my skin now? Totally the other way round. Yup.

First and foremost, bukan niat eiyya nak tutup periuk nasi seller kat luar sana. Sedangkan eiyya sendiri pun ada jual produk ni bukan? Niat eiyya just nak share my feedback, incase ada yang dah berpengalaman terkena nasib sama macam ni or is it just my skin yang dah tak sesuai dengan natang nih. Kat bawah ni eiyya listkan what happened dengan skin eiyya:

- Kusam
- Tak secerah dulu (Mungkin jugak sebab environment)
- Jerawat naik since about 2 bulan yang lalu: Sekitar dahi & pipi
- Jerawat jerawat dan jerawat

Haaaa.. Nampak tak betapa stress nya eiyya disebabkan jerawat tuh? Hahahaha.. Seriously muka eiyya bukan jenis yang berjerawat banyak sangat. Before this paling tak pun jerawat period seketoi dua, dan jerawat pasir sikit2 kat atas dahi. But sekarang? Sumpah eiyya rasa down beb! Mana tak, korang pergi mana mana orang siap tegur "Teruknya muka kau" "Asal muka makin teruk?" "Eeee.. Jerawat" "Kau baru kena chicken pox ke?" Kau tengok! Sape tak rasa down wehhhh!!! *menangis dibucu katil* Nampak sangat teruk muka ni sampai orang lain semua tegur sebab muka eiyya memang tak pernah seteruk ni! :'(

Disebabkan semua cacian tu, korang ingat eiyya dapat berdiam diri ke? Hari-hari dok belek muka depan cermin. Sampai saat rasa nak kasi tumbuk kat cermin tu sebab tension tengok diri sendiri hahahaha.. So eiyya pun google, tanya pendapat member, pergi farmasi and so on demi selesaikan masalah ni. Nak tahu apa solution eiyya? Eiyya akan update pada lain entry okay? Alhamdulillah, now my face is getting better eventho parut kat pipi ni still ada. Apa apa pun nanti eiyya akan update. So, till here then. Maaf sebab takdapat sertakan gambar. Phone eiyya baru lepas reformat hehe.

Yang kecewa & akhirnya berusaha,
Eiyya Othman.
 
All Right Reserved By Eiyya Othman