Wednesday 24 June 2015

Tips Kecantikan: Khasiat & Kelebihan Buah Kurma

Penulis : Unknown Masa : 15:49 Comments : 0 Labels :
 

Haaaa harini eiyya nak buat entry yang berunsurkan Ramadhan sikit, since buah kurma ni memang sinonim dengan bulan Ramadhan, bukan? Seperti yang kita sedia maklum, buah kurma ni memang banyak khasiat nya. Tak kira lah untuk yang tua mahupun sekecil kecil bayi. Tak gitu? Hehe.. Tapi adakah kita sedar yang buah kurma ni pun mampu memberikan kita kecantikan pada kulit wajah? Tak semua orang tahu kan. (Yang dah tahu tu diam je lah :p) 

"Eh? Kenape pulak eiyya tetiba nak bagi tips kecantikan ni?" Haha kalau tu persoalan korang, meh sini eiyya jawab. Sebab tak lama lagi kan nak raya sayang ui. Semua orang khususnya wanita, berebut rebut nak cantek sebelum raya (hanya kaum hawa yang memahami hehehe). So, jangan ingat pada bulan Ramadhan ni korang takboleh nak jadi cantek tau. Amalkan buah kurma mcm tips yang eiyya nak shorkan kat bawah ni nanti.

FAKTA:  Kurma mengandung vitamin C, vitamin B6, vitamin K, asam folat, vitamin A, kalium, kalsium, energi, karbohidrat, protein, potasium dan serat makanan yang tinggi.

Melembutkan Kulit
Dengan mengamalkan kurma setiap hari maka kulit korang boleh menjadi halus dan lembut. Kenape? Sebab.. Kan buah kurma mengandungi vitamin C yang baik untuk kesihatan kulit. Selain itu, kurma juga boleh dibuat sebagai masker pada wajah. Caranya mudah sahaja; ambil 6 biji kurma yang telah dipisahkan dengan bijinya. Blend kan isi kurma sampai halus. Cuci wajah dengan air bersih sebelum korang ratakan masker tadi keseluruh wajah. Biarkan masker selama 20 minit lalu bilas dengan air bersih. 

Merawat Dermatitis
Kandungan B6 dan protein dalam kurma boleh digunakan untuk mencegah dan merawat penyakit kulit atau dermatitis. Caranya adalah dengan membuat masker dari kurma. Tepekkan masker kurma secukupnya pada bahagian yang terdapat dermatitis. Biarkan selama 15 minit dan bersihkan menggunakan air bersih.

Menjaga Kesegaran Kulit
Kurma juga boleh menjaga kesegaran kulit wajah dan tubuh badan. Kandungan protein dan potasium dalam kurma mampu membuatkan regenerasi sel sel kulit kita terjaga. Sel sel kulit akan menjadi lebih segar dan nampak muda. Cara merawat kulit dengan scrub kurma juga boleh digunakan untuk merawat kesegaran kulit. Resepi scrub adalah seperti berikut: (Resepi?? Pun bolehhhh... hehehe) Anda hanya perlu mencampur buah kurma, cranberry dan jus aprikot menjaadi satu. Dah tu tepek lah kat muka atau pun badan korang dalam masa 15 minit! :) 

Sekian, salam sayang dari Eiyya! :)

Monday 22 June 2015

Pengalaman MSK di Politeknik Kuching

Penulis : Unknown Masa : 11:18 Comments : 0 Labels :
 

Fuhhh! Lama sangat dah aku tak update blog rasanya. Berhabuk bersawang dah ni haaa.Okay actually sekarang ni pun aku tengah curik wifi library yang slow mcm siput gak (kot ramai sangat student yg pakai) so.. aku taknak buang masa, kita straight to the point jer keh. Hehe.

Pengalaman MSK di Politeknik Kuching, Sarawak. Haaaa.. Haritu kan aku ada cerita kat korang tentang aku dah dilamar oleh PKS ni. MSK ni shortform bagi Minggu Suai Kenal ye uolls. Hehe. So, sepanjang MSK Sesi Jun 2015 haritu, aku just dapat bagi korang one word: LETIH! Hehe kalau tak letih, bukan MSK lah nama nye kan. Overall, aku dapat kenalan baru yang owhsem gak, perangai gila gila and yang paling penting, sleepyhead macam aku gak! HAHAHAHA. Selain daripada letih, benda yang aku dapat sepanjang minggu tu adalah boring (Nape nak highlight eh?) Haha. Yep, boring sangat sangat!! Eeeeee hahahaha aku pun tak tau nak describe boring tu tahap camne, sebab most of the perisian kitorang cuma taklimat.. taklimat.. taklimat.. dan taklimat.. GOSHHHHH memang aku tidur jela sepanjang taklimat yang berjam jam, berhari hari, dan membosankan tuh. Huhuhu.. (Berhuhu lah pulak) 

Okay aku rasa takat ni jer aku mampu. Haha. Tak dapat nak buat entry panjang berjela sbb masa tak banyak sangat, and lepasni aku ada class pertama sebagai student kat sini. Hehehe. Tak sabar ada jugak, nervous pun ada. Mixed feelings gitu uolls hehehe. So aku stop till sini dulu yer. Nanti ada masa, aku cerita pulak pengalaman yang menarik ke, buruk ke apa, sepanjang aku jadi student kat PKS ni. Sekian.

Tuesday 9 June 2015

REVIEW: Babies Blink 2015

Penulis : Unknown Masa : 15:03 Comments : 0 Labels :
 

Ok. Hari ni eiyya nak cerita pengalaman eiyya sendiri menggunakan Skincare Babies Blink 2015. Tbh, eiyya memang pernah try pelbagai skincare lah jugak. And so far, memang takde yang alah ngan kulit eiyya. Semuanya okay, cuma kesan yang ketara and makan masa berapa lama je yang beza nya. And penting untuk korang semua tahu, eiyya ni jenis yang tak consisten kalau guna sesuatu produk. Yup, pengakuan yang jujur (hehehe). 

Eiyya ni jenis yang bersemangat untuk the first whole week je, pastu mula lah skip krim siang lah, atau tak pun dua dua krim eiyya skip guna. Yang mantain cuma cuci muka hehehe.. (Jangan tiru aksi ini ye uolls!!)
Okay, eiyya dah guna babies blink ni around 2 months kot. Yang first month boleh kira okay lagi tahap "skip" eiyya, mula second month.. Mak aii.. Malas kot nak tepek sana sini kan! Tapi eiyya memang tak pernah skip cuci muka guna sabun glutacol dia tuh hehe.

FIRST WEEK
Memang tak dinafi kan, result memang boleh nampak seawal first-second week. Kulit eiyya mula jadi licin je. I mean, lembab je rasa bila korang sentuh kulit muka korang. (Tips: Kerap bilas muka dengan air biasa)

FIRST MONTH
Actually within 3 weeks tu eiyya dah sedar yang jerawat mula mengecut and jugak pudar slow2. Kulit muka eiyya jenis berjerawat, tapi kat bahagian dahi je. And lepas guna produk ni, jerawat mengecut and makin kurang. Kalau ada pun jerawat time period tu, semalam dua hilang dah. Janji korang apply krim malam je. Hehe.. Dah tu memang makcik, pakcik, kazen semua tegur "Eh? Macam makin puteh jak kitak tok." "Aie makin kurang dah jerawat kitak oh" Hehehe bagi yang tak faham sarawak tu, i bet korang faham kot kata kunci yang penting kat situ hehehe. Eiyya lepas kena puji memanglah acah acah malu kan :p hehehe..

So macam tu lah sepanjang penggunaan eiyya ngan skincare ni. Seriously memang awesome! Heheheh oh ya! Kulit eiyya ni pun mula2 gelap gak sbb sunburn, tu pasal bila guna tu, tona jadi sekata and not to forget, kulit ada pinkish sikit sikit. Bab tu pun orang lain tegur gak hehehe.. Sampai sekarang, jerawat memang susah nak berkempen kat muka ni melainkan bila time period. Ada la kot seketul dua, tapi dua tiga hari tu lesap dah punnnn heheheh.. Eiyya pun dah malas nak celoteh lagi. Kat bawah ni eiyya tepek gambar, so biarlah gambar yang berbicara ok? (ecece... hehehhe)

P/S: Ni semua gambar terkini, eiyya ambil time nak post entry ni. Sorry sbb gambar lama takde sebab memory phone eiyya hilang. *menangis selautan* Oh ya. Abaikan lighting yang berbeza ye.


  Abaikan bekas jerawat period yang kat bawah dagu tuh


Abaikan eyebags dan hantu kat belakang tu hihihi

Semua gambar adalah original, no edit and free make up too. Kalau korang ada pertanyaan, boleh Cbox eiyya atau whatsapp dan PM eiyya. Btw, eiyya pun ada jual Babies Blink ni tau. Hehehe (promot jap) Berikut adalah details bagi yang berminat nak beli daripada eiyya:

BABIES BLINK 5in1 2015
HARGA SEBENAR: RM55
HARGA PROMOSI RAYA: RM45 SAHAJA!
FREE POSTAGE SELURUH MALAYSIA

Nak order?
Whatsapp 01126429474 (STRICTLY NO CALLS)
PM Eiyya kat Facebook klik here 

Monday 8 June 2015

Tabita Skincare Original ®

Penulis : Unknown Masa : 19:40 Comments : 0 Labels :


Apa itu TABITA SKINCARE?
 
✔ Tabita Skincare merupakan satu produk kecantikan yang diadun dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti Collagen (bukan dari sumber haiwan), Pearl Powder, Japanese Tea, Japanese Papaya,Vitamin C dan Vitamin E.

✔ Tidak menggunakan bahan-bahan yang berbahaya seperti MERCURY dan HYDROQUINONE yang boleh menyebabkan kanser kulit dan kerengsaan jika penggunaan berpanjangan.


Tabita Ekslusif

Tabita Skincare juga mampu merawat masalah kulit seperti berikut:

- Masalah kulit BERJERAWAT
- Masalah kulit BERMINYAK serta cenderung BERJERAWAT
- Masalah warna kulit TIDAK SEKATA
- Masalah kulit BERPORI BESAR
- Masalah kulit KUSAM dan TIDAK BERSERI
- Masalah JERAGAT (pigmentasi)
- Garisan KEDUTAN dan kesan PENUAAN di wajah
- PARUT JERAWAT serta KETIDAKRATAAN kulit wajah
- BLACKHEADS serta WHITEHEADS
- SUNBURN : Mengembalikan warna kulit asal lebih pantas dari biasa


 Tabita Trial

Setiap set Tabita SkinCare mengandungi :


1. Facial Soap

2. Smooth Lotion/Toner

3. Day Cream

4. Night Cream


Tabita dijual dengan dua (2) set berbeza iaitu:

1. Set Exclusive (Besar) - Tahan sehingga 3-5 bulan
2. Set Trial (Biasa) - Tahan sehingga 2-3 bulan

♡ KESAN DAPAT DILIHAT DALAM MASA 3-4 MINGGU bergantung dengan kulit dan cara pemakaian yang konsisten.

 ♡ Kenapa perlu beli dari Eiyya?

- Original dari Medan, Indonesia
- Free consultation dan cara penggunaan
- Murah tetapi kualiti dijamin Ori®
- Pos sehari selepas pembayaran dibuat

HARGA SEBENAR: RM220
HARGA PROMOSI RAYA: RM180 SAHAJA! 
FREE POSTAGE UNTUK 5 ORANG TERAWAL :)
*ADD POSTAGE RM6 FOR SM AND SS* 

Nak order? 
Whatsapp 01126429474 (STRICTLY NO CALLS)
PM Eiyya kat Facebook klik here 

Saturday 6 June 2015

PU Salman (Pencetus Ummah) pergi Miri?

Penulis : Unknown Masa : 16:32 Comments : 0 Labels :
 

Oh God such a tiring day! Haha terlalu banyak aktiviti dari pagi, terasa macam Aidilfitri lah pulak dok pergi terjah rumah kazen mazen jer (hahaha). Cakap pasal Aidilfitri ni kau jangan  main main tau! Kang ada yang touching (mengenang nasib takdapat balit raya) atau yang ter-over eksaited tahap bertukar mode nak shopping raya terus malam ni jugak! Haaaaa.. 

Okay nampak gayanya celoteh aku akan melalut dari topik yang sepatutnya, so jom kita berbalik pada tajuk entry kat atas tuh. PU Salman pergi Miri? Siapa tu? Bila? Kat mana? Kenapa? Amboih cik kak, sabar naaaa.. Ni nak cerita lah ni sat gi tunggu yerrrr hehehehe..

Okay, kalau korang tak kenal PU Salman ni tipu lah kan. Alaaaaa yang comel lotey kecik tu *oups* Hehe. Actually malam ni, dia akan buat satu ceramah keagamaan (ofkos lah takkan nak g mancing kot) yang bertempat di Masjid Al-Firdaus, Taman Tunku. Masa? Antara Maghrib dan Isyak so jom lah ramai ramai kita pergi mengimarahkan suasana taman syurga pada malam ni ye? (Fokus kepada rakyat Miri, bukan selalu pun kan) Hehe. Aku tak sure topik dia malam nanti pasal apa, sbb aku pun baru tau gak pasal ni. Haaaa jadi korang bawak la mak bapak, pakcik makcik, biras mentua korang semua okeh? Sekian. 

  P/S: Ni bukan iklan berbayar tau. Cuma sekadar nak mengimarahkan suasana malam ni je hehe.

Friday 5 June 2015

Entry Pertama!

Penulis : Unknown Masa : 16:09 Comments : 0 Labels :
              

Hai! Orang lain dah lama start ber-blog, eiyya pulak baru nak start kan. Hehe actually eiyya pernah ada blog, disuatu ketika dahulu (ecece ayat peranan gitu duh) tapi.. Yelah kan, akibat gatal sangat tangan nak tukar code itu ini (konon nak explore) tanpa save dulu code yang lama, akhirnya.. DUSHHHHH! Musnah :') Dan saat tu jugak eiyya rasa giveup habes nak berblog semula. Hehehe.. Waktu tu eiyya kat Tingkatan 2. Sekarang ni dah dilamar oleh pihak Politeknik untuk continue studies. See.. Dah berkurun lama jugak tuh kan hehe. Waktu Tingkatan 2 tu memang zaman hot berblog katakan. Memang Blogger time tu famous sangat. Sekarang ni orang dah tak berape nak layan sangat kan? Almaklum lah, segala Twitter, WeChat bagai je orang senang nak update kononnya. Hehe so, sampai sini saja eiyya nak celoteh sebagai tanda perasmian gitu hehehe.. Tunggu next entry pulak ye? :)
 
All Right Reserved By Eiyya Othman