"Tuhan
Ku mencintai dia
Namun ku terpaksa
Tinggalkannya
Tuhan
Ku amat menyayanginya
Namun ku terpaksa
Tinggalkannya
Tuhan tolong jaga dia untukku
Kerana hidup ini tidak bermakna
Tanpanya
Tuhan hantarkan malaikat untuknya
Supaya dia tenang
Menghadapi segalanya"
Awak,
Akan tiba satu hari nanti
Saya tak lagi terjaga dari tidur yang panjang
Akan tiba satu hari nanti
Saya tak lagi tersenyum memandang
Akan tiba satu hari nanti
Saya tak lagi tertawa dengan usikan riang
Akan tiba satu hari nanti
Saya tetap diam walau dikenang
Akan tiba satu hari nanti
Awak akan faham apa itu erti hilang
Satu yang minta,
Jaga diri awak walau saya takkan pulang
Satu yang saya doa,
Semoga tuhan jagakan awak sayang
-Credit: Tuhan Jaga Dia Untukku by Fiena